Suara Anak Pahang - Perlu Baca

10 November, 2017

TEORI 'RAHMAN', NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR ?



Jika kita masih ingat pada teori 'RAHMAN' dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh-tokoh yang nama mereka bermula dari huruf-huruf berkenaan. Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan, bagaimanapun ianya telah menepati ramalan.

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, kepada Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Mohd Najib. Semuanya menepati. Walaupun terdapat sedikit keadaan yang mungkin mengubah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri suatu masa tak lama dulu, namun ianya tidak banyak memberi perbezaan.

Yang saya maksudkan adalah diantara Tun Abdullah dan Datuk Seri Anwar. Apapun seperti yang saya kata walau siaapapun diantara mereka masih tetap bermula dengan huruf 'A' - Abdullah dan Anwar. Mujurlah sejarah telah mencatatkan bahawa 'A' berkenaan adalah Abdullah, andai kata 'A' itu adalah Anwar, kita tidak pasti bahawa Najib akan ditabal sebagai Perdana Menteri. Maka telah lengkaplah teori 'RAHMAN'.

Soalnya sekarang, siapakah selepas Dato' Seri Mohd Najib? Saya tidak mendengar tentang adanya sebarang teori lain. Namun yang pasti kita semua sebenarnya dalam kebimbangan. Bimbang apakah kita masih dapat mengekalkan kuasa ditangan kita atau kita akan kehilangannya buat selama-lamanya dan kita jadi seperti 'Temasik'.

Dato' Seri Mohd Najib sedang menghadapi kemelut yang sangat sukar untuk dihadapi. Tidak ada Perdana Menteri menghadapi keadaan sepertinya sebelum ini. Beliau bukan hanya menghadapi musuh dari kaum lain yang punya agenda menguasai bumi kita, tetapi beliau juga sedang ditentang oleh bangsanya sendiri.

Pilihan Raya ke 14 adalah pilihan raya yang akan menentukan martabat bangsa kita di bumi sendiri. Dalam keadaan suara bangsa Melayu berpecah belah kepada beberapa kumpulan berserta dengan kurangnya minat anak-anak muda menjadi pemilih, kita tidak pasti sejauh mana Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dapat mencapai hasrat itu.

Jika kita memandang kehadapan, menolak perbezaan fahaman dalam parti sudah tentu kita akan bersama-sama berada didalam saf perjuangan ini bagi membantu beliau untuk masa depan anak cucu kita. Kerana pada teori 'RAHMAN', Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir.





04 July, 2017

ARIF SABRI DAN FUZIAH SALEH ANTARA 'TIKUS MAKMAL' DAP

Image result for fuziah salleh



DAP adalah parti rasis dan chauvinist. Parti berteraskan kaum cina ini mula bertapak sejak Malaysia merdeka. Bahkan umum mengetahui bahawa mereka adalah saki baki dari parti komunis yang pernah merampas kuasa dan memerintah Malaysia selama 14 hari dengan zalimnya selepas peninggalan Jepun dahulu.

Matlamat DAP tidak pernah berubah kerana pemimpinnya Lim Kit Siang masih berkuasa dan menguasai parti tersebut. Parti yang 'kunun'nya sangat demokratik ini telah menyaksikan sesiapa saja musuh dalam parti serta singan kepada Lim Kit SIang akan dihapuskan. Jika Lim Kit Siang dan DAP ini binatang, ianya bukan lagi seekor harimau yang ganas bahkan adalah dubuk pemakan bangkai.

DAP sedar untuk menguasai negara mereka tidak mampu menang secara bersendirian dengan hanya menguasai undi kaum cina sahaja, justeru kebelakangan ini kita lihat mereka banyak mempengaruhi bangsa Melayu untuk menjayakan cita-cita mereka.

DAP banyak bereksperimentasi dalam politik. Arif Sabri adalah antara 'tikus makmal' DAP. Meletakkan 'tikus makmal'nya dikawasan yang majoriti pengundi Melayu telah menampakkan kejayaan mereka. DAP sedar bahawa susah bagi mereka untuk menjatuhkan Melayu dan mereka juga sedar adalah lebih mudah Melayu sendiri yang membunuh Melayu.

Arif Sabri berjaya diperalatkan bagi mentohmahkan dan menyerang Mutfi, senjata menentang Melayu dan agama Islam. Namun akibatnya Arif Sabri terlantar diserang stroke, mungkin itu petunjuk dan peringatan dari Allah.

Selain menggunakan kekuatan dalaman DAP sendiri, DAP juga menggunkana mana-mana pemimpin Melayu yang dilihat menentang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Fuziah Saleh dari PKR juga berjaya dijadikan 'tikus makmal' DAP dalam isu Lynas. 

Fuziah diangkat jadi 'Ratu Lynas' untuk menyerang kerajaan namun dakwaan mereka terhadap Lynas yang 'kunun'nya merbahaya ternyata salah. Sehingga kini tidak ada satu pun laporan mengenai radiasi dan bahan nuklear dari kilang Lynas di Kuantan sepertimana dakwaan Fuziah yang disokong DAP selama ini. Akhirnya Fuziah sendiri yang kesipuan dengan kemaluan dan isu Lynas telah dilenyap begitu saja.

Penduduk Kuantan tidakpun terkena radiasi dan sisa nuklear, namun yang sengasara akibat kenser adalah Fuziah sendiri. Allah menunjukkan kebenaran.

'Tikus-tikus makmal' ini adalah Si-Kitol dan Raja Mendaliar dalam hikayat Melayu lama dan banyak lagi 'tikus-tikus makmal' yang akan kita lihat nanti kerana DAP mempunyai dana asing yang besar untuk 'membeli' dan memperhambakan bangsa Melayu untuk digunakan sebagai senjata membunuh bangsa Melayu sendiri.

Kekalkan perpaduan kita dalam Islam, bersatulah kita sesama Melayu dan terus berikan sokongan padu kepada UMNO.



17 May, 2017

PENGUMUMAN TARIKH PRU14 ....



Pengumuman tarikh pilihanraya ....  Siaran TV kerajaan dan swasta serta media cetak menyiarkan pengumuman pembubaran Parlimen dan diikuti pihak SPR pula tampil mengumumkan tarikh Pilihanraya ke-14.

Inilah berita yang sangat dinanti-nantikan oleh banyak pihak terutama mereka yang terlibat dengan parti politik.

Bukan sedikit sama ada yang dari parti kerajaan dan juga pembangkang yang sudah sekian lama menunggu saat ini. Menanti nama mereka disebut atau disebut semula sebagai calon PRU.

Dipihak pembangkang, mereka akan berhajat untuk bertanding dengan membawa isu lama yang dihangatkan semula kerana sebenarnya mereka ketiadaan isu.

UMNO dan Pas yang semakin akrab memberi makna yang berbagai, bagaimanapun tentunya merunsingkan Pakatan Pembangkang.

Dalam pemerhatian saya, UMNO masih kuat dan BN akan tetap menguasai kerajaan bagaimanapun undi kaum Cina makin 'solid'.

Sayangnya anak-anak muda masih leka sehingga terlupa untuk mendaftar sebagai pemilih dalam PRU akan datang. Masa masih ada jika mereka bersegera.

11 May, 2017

BANJIR KILAT SATU AMARAN




Hujan lebat secara menyeluruh beberapa hari lalu menyebabkan banjir kilat dibeberapa daerah di Negeri Pahang. Antaranya yang teruk terkesan adalah di Lancang, Kuala Krau serta Jerantut.

Jerantut adalah sebuah kawasan pedalaman yang berbukit-bukau dengan anggaran purata ketinggian 50 meter dari aras laut. Kebiasaannya sejak zaman dahulu lagi tidak terlibat dengan banjir kilat kerana saliran semulajadi yang baik. Namun sejak akhir-akhir ini segalanya seakan berubah... 'asal hujan-banjir.... asal banjir-hujan".

Jika saliran baik pasti air hujan akan cepat turun kesungai, tidak tersekat dan tidaklah berlakunya banjir kilat. Justeru, apakah penyebabnya? Itulah soalan yang sentiasa bersarang dalam kepada banyak orang terutama pencinta alam sekitar.

Bukan jarang kawasan sekitar masjid baharu di Jerantut ditenggelami air apabila hujan lebat. Dulunya kawasan sekitar masjid itu adalah kawasan paya. Apabila hujan turun airnya akan memasuki kawasan paya berkenaan sebelum menyerap atau mengalir ke sungai-sungai seterusnya ke Sungai Pahang. 

Apabila kawasan berpaya itu ditimbus dan menumbuhkan bangunan-bangunan maka kemanakah air akan mengalir jika tidak kejalan-jalan raya dan rumah-rumah kedai disekitar? Sedarlah bahawa bukit, paya dan sungai memainkan peranan masing-masing secara semula jadi dan jika kita musnahkannya maka kesan kepada alam akan mampu musnahkan kita dan kehidupan. Mungkin kita lupa atau pura-pura lupa tetapi alam tidak akan lupa untuk menghukum kita atas kesalahan yang kita lakukan.

Hujan lebat baru-baru ini telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Baharu dan Kampung Lata Kasah, Jerantut. Sudah pastilah ketika membuka kampung ini dahulu, orang-orang tua sudah pastikan ianya bebas dari bencana banjir dan tidak ada dalam sejarah kampung-kampung ini ditenggelami air sejak bah besar tahun 26 lalu. Soalnya kenapa kini ianya berlaku?

Pejuang alam sekitar (?) membantah pembalakan dikawasan tadahan air di Kampung Baharu yang kononnya adalah punca kepada berlakunya pencemaran sungai banjir kita selama ini. Namun hasil siasatan tidak ada sebarang pembalakan atau sudah tiada sebarang pembalakan yang masih aktif dikawasan yang dinyatakan, tetap kenapakah air sungai masih tetap keruh dalam waktu-waktu tertentu?

Pejuang alam sekitar (?) lupa untuk melihat bahawa punca pencemaran sungai adalah disebabkan oleh lombong bijih di Kampung Baharu itu sendiri.

Pelepasan air sisa membersih bijih yang dilakukan secara berkala oleh pihak pelombong yang tidak dijalankan secara sempurna telah membuatkan aliran Sungai Teh jadi semakin cetek dan sempit dan itulah punca banjir kilat berlaku dan memberi kesan besar kepada penduduk khususnya di Kampung Lata Kasah dan Kg. Binjai.

Selain dari aliran sungai yang semakin cetek akibat mendapan dari lombong, saliran taliair juga perlu dipastikan airnya mengalir deras tanpa sebarang gangguan. Siasatan mendapati bahawa ketika hujan lebat ada beberapa 'culvert' di taliair berkenaan tersumbat atau airnya tidak dapat mengalir laju, dan ini juga mengakibatkan laluan air tersekat serta berlakunya banjir kilat di Kampung Lata Kasah.

Jabatan Alam Sekitar perlu selalu membuat lawatan bagi memastikan tiada pelanggaran tatacara pengurusan sisa air dari lombong berkenaan. Jabatan Alam Sekitar juga perlu membuka mata lebih luas agar dapat melihat dengan lebih telus.

Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran juga perlu jalankan tugas dengan jujur dan cekap dalam menangani permasalahan yang memungkinkan jadi penyebab berlakunya banjir kilat dikawasan-kawasan tertentu.

Penduduk kampung, JKKK serta Tok Empat juga perlu memainkan peranan masing-masing. Kebersihan kampung dan kebersihan sungai perlu dijaga. Bukan sedikit sampah sarap yang menyebabkan aliran air sungai tersekat dan 'culvurt' tersumbat kerana sikap tidak prihatin kita.

Mungkin juga pihak SPRM perlu juga sekali-sekala meninjau dan 'beramah mesra' dengan pihak-pihak tertentu supaya tidak ada yang akan berani melakukan sesuatu yang 'mereka' ingini tetapi tidak kita ingini.

Banjir kilat ini adalah sebahagian amaran alam kepada manusia seluruhnya agar jangan terlalu rakus memusnahkan bumi ini. Bukit-bukau jangan digondolkan dan diruntuhkan. Paya dan tasik dan di timbus dan dimusnahkan. Sungai-sungai jangan dicemari.... atau nantikanlah alam akan menghukum kita semua.


22 December, 2016

ISU AIR PAHANG FITNAH PEMBANGKANG DAN RATU BADAK MANDI LONGKANG

Klip video fitnah penyokong pembangkang.


Bila Kerajaan Selangor menghadapi masalah air yang sepatutnya dapat dielakkan atau di minimumkan, penyokong pembangkang cuba alih pandangan dan sebarkan video kononnya di Felda Kg. New Zealand yang terletak dalam Dun Luit juga hadapi masalah sama.

Yang kurang cerdik dan mudah percaya tanpa usul periksa terus mempercayai video itu sedangkan sebenarnya itu adalah video yang dimuatnaik pada 22 Mac 2013 lalu. Bahkan sebenarnya masalah itu sudah dianggap selesai dengan terbinanya sebuah loji baharu.

Beberapa buah group facebook pro pembangkang galak menyebarkan video berkenaan bahkan kononnya ada yang nak datang ke pejabat MB Pahang bertuala untuk mandi. Saya tidak salahkan penyebar video tersebut kerana ternyata mereka bijak mengambil kesempatan atas isu air di Selangor ini untuk bangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Pahang. Yang saya salahkan dan kesalkan adalah adanya kalangan pembaca yang rela diperbodohkan kerana tanpa usul periksa percaya kepada fitnah puak pembangkang ini.

Tidak dinafikan mana-mana negeri pun akan menghadapi masalah bekalan air, namun ianya berbeza dengan masalah yang dihadapi kerajaan Selangor ketika ini. Di Selangor masalah air yang sedang dihadapi kini adalah akibat mengambil tindakan mengatasinya mungkin dengan tujuan dan atas pertimbangan politik. Sedangkan masalah dinegeri-negeri lain kebanyakkannya adalah disebabkan kebocoran paip serta tekanan rendah.

Terkini, konon kerana nak provokasi antara satu sama lain, 'Ratu Badak' diberitakan terpaksa mandi air longkang. Apa 'Low Class' punya pencacailah kau ni.


Gambar hiasan: Isteri yang tak puas mandi air longkang dipujuk
suami supaya basuh berak terlebih dahulu.




21 December, 2016

KERAJAAN SELANGOR BIARKAN RAKYAT TAK BASUH BERAK




Kerajaan Selangor sengaja membiarkan rakyat hadapi masalah terencat bekalan air bagi timbulkan tidak puas hati kepada agensi tertentu. Sebelum ini saya dah menulis didalam 'Kerajaan Selangor Berlepas Tangan Masalah Gangguan Air' (Klik Sini).

Kerajaan negeri sepatutnya mengetahui keadaan yang akan dialami terlebih awal, bahkan dinyatakan 3 bulan sebelum masalah ini berlaku. Tetapi kenapakah tidak ada persediaan awal dan tindakan wajar diambil bagi mengatasinya? Jawapan mudahnya adalah bagi tujuan mempolitikkan keadaan ini.

Sebelum PRU lalu pembangkang berjanji akan memberikan air percuma kepada rakyat Selangor, maka pengundi-pengundi yang terpengaruh dengan 'janji syaitan' itupun memberikan undi mereka dengan memilih pembangkang. Apa yang berlaku setelah memerintah adalah sebaliknya. 

Bukan setakat janji air percuma tidak ditepati, bahkan kerajaan Selangor juga seakan membiarkan dan menyeksa rakyatnya dengan membiarkan mereka dalam keadaan tidak berair, bahkan untuk membasuh berakpun rakyat Selangor tidak lagi berupaya.



'STOCKPILE' BAUKSIT TIDAK SUSUT, MORATORIUM AKAN DILANJUTKAN

YB Andansura buat apa di sini ?


Moratorium perlombongan bauksit sudah ditangguhkan untuk kali ke-3nya, dan kali ini masih berbaki dua minggu lagi. Bagaimanapun masih terdapat banyak lagi longgokannya di kawasan penyimpanan (stockpile).

Moratorium bertujuan menghentikan sebarang kerja-kerja perlombongan dan dalam masa sama 'mengosongkan' 'stockpile' yang dengan cara mengekspotnya supaya aktiviti perlombongan baharu dan kaedah-kaedah pengangkutan dapat dijalankan semula dengan lebih terurus.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merakamkan kekesalannya apabila dalam tempoh yang ditentukan bauksit yang ada di 'stockpile' sudahpun di eksport namun bakinya masih seakan tidak pernah berkurangan. Maksudnya perlombongan secara haram masih diteruskan. Sudah pastilah sekali lagi tempoh moratorium akan dilanjutkan lagi. Persoalannya; siapakah yang mendapat keuntungan dari keadaan ini?

“Melihat situasi seperti ini, saya percaya kerajaan persekutuan akan melanjutkan tempoh itu sehingga tiga bulan lagi,” kata YB Andansura, Adun Beserah. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui berkhatan beramai-ramai di Balok Makmur baru-baru ini.


20 December, 2016

KERAJAAN SELANGOR BERLEPAS TANGAN MASALAH GANGGUAN AIR



3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang hari ini mula menghadapi gangguan bekalan air akibat kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.

Ini melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.

Kerajaan negeri Selangor sudah 3 bulan terdahulu mengetahui mengenai gangguan bekalan air ini. Soalnya kenapa tidak membuat sebarang persediaan bahkan gagal maklumkan pada orang ramai.

Apakah kerajaan Selangor sengaja menunggu sehingga masalah ini berlaku kemudian sengaja dengan mudah mereka menyalahkan pihak TNB. 

Rakyat faham keadaan yang mereka terpaksa alami, namun sikap kerajaan negeri yang 'berlepas tangan' dan 'menuding jari' adalah sikap yang tidak wajar. Ianya seakan mempolitikkan kesusahan yang ditanggung rakyat.

Kita percaya ada banyak penyelesaian yang boleh kerajaan negeri ambil bagi membantu rakyat mengatasi masalah tersebut, namun sikap mengutamakan kepentingan politik mengatasi menyelesaikan permasalahan rakyat sangatlah tidak wajar dan dikesalkan.

Bagaimana dapat kita menaruh kepercayaan kepada sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab seperti ini? Janji-janji mengenai pembekalan air sewaktu pilihan raya dahulu juga tidak ditunaikan sehingga kini.

Andai parti bunga yang memerintah kerajaan Selangor, mungkin keadaan lebih teruk akan berlaku. Cuma kita tidak perlu bimbang kerana parti bunga langsung tidak ada harapan untuk menangi pilihan raya.

Bak kata pepatah; "Basah air mata memandang, namun air di paip kering kontang".




18 December, 2016

SYARIKAT GLC PAHANG PERLU MENYUMBANG DAN BANTU KERAJAAN




Dalam satu perjumpaan .. 'Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama Anak Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Pahang' baru-baru ini, MB Pahang menyuarakan keresahannya mengenai sumber pendapatan negeri.

3 sumber hasil konvensional negeri adalah Perhutanan, Cukai Tanah dan Ta'arif Air. Kutipan dari ketiga-tiga sumber hasil berkenaan menguncup. Hasil dari perhutanan semakin berkurangan dan bukan lagi jadi satu pengantungan kerajaan kerana tiada atau sangat sedikit kawasan baharu yang dibuka bagi aktiviti pembalakan.

Kutipan cukai tanah juga tidak mengalakan kerana sikap individu yang selalu leka dan mengelak atau lambat membayar cukai sedangkan kutipan dari ta'arif air tidak menguntungkan sama sekali kerana ianya tidak pernah dinaikkan semenjak tahun 1982 lagi.

Bagi setiap RM1.00 yang dibayar oleh rakyat, PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) GLC Pahang memberi subsidi sehingga 70 sen. Menurut MB Pahang, untuk membolehkan PAIP perolehi keuntungan ta'arif air perlu dinaikkan sehingga 300%. Bagaimanapun pihak kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkannya bagi membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

MB dalam pertemuan itu juga menyarankan agar syarikat-syarikat GLC kerajaan Pahang dapat diurus-tadbir dengan lebih baik supaya memperolehi keuntungan agar dapat mengembalikannya semula kepada kerajaan selaras dengan tujuan penubuhan syarikat-syarikat berkenaan.

'PDO News Media' dulunya 'Pahang Daily', blog cenderung pembangkang yang sudah bertukar milik, melaporkan ada gesaan supaya syarikat-syarikat GLC yang tidak menguntungkan ditutup sahaja atau ditukar ahli lembaga pengarahnya supaya dapat memberi impak baru dalam perniagaan yang diceburi.

Tidak menghairankan bila 'Pahang Daily' menyuarakan pandangan menentang kerajaan bahkan menyelar kepimpinan MB kerana sememangnyalah ianya dibina untuk menentang kerajaan dan meneruskan tradisinya walaupun sudah bertukar 'tuan'. Selain itu tindakan itu juga hanya bertujuan untuk mencari populariti dari kreadibilitinya yang sudah hilang 'ditelah' 'Portal PahangKu' sejak beberapa tahun lalu.

Dalam ucapan selama hampir setengah jam itu MB juga menyatakan keinginan kerajaan terlibat dalam perniagaan secara langsung bermula Januari tahun hadapan bagi menambah kutipan hasil agar dapat mengimbangi perbelanjaan kerajaan dalam membantu rakyat terutamanya kepada 3 perkara utama iaitu Perumahan, Pendidikan dan Kebajikan sesuai dengan pembentangan bajet 2016 yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini.

Apa yang penting, syarikat-syarikat GLC Kerajaan Negeri Pahang perlu diurus-tadbir dengan lebih telus dan produktif agar dapat menyumbang semula dan membantu kerajaan Negeri meningkatkan hasil kutipan bagi membelanjakannya semula untuk kepentingan rakyat.


Disiarkan di Portal PahangKu.

 


15 December, 2016

TIADA KESIPUAN BAGI ZAHIDA ZARIK TIDAK DILANTIK SENATOR




Zahida Bt. Zarikh Khan, Naib Ketua Puteri kononnya tersinggung kerana tidak dicadangkan sebagai senator di Dewan Negara sebaliknya tempat itu diisi oleh Fahariyah Bt. Md Nordin, Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia.

YB Mas Ermieyati Samsudin dipersalahkan atas alasan kewajaran Naib Ketua Puteri dilihat lebih senior dalam orginasasi serta mengambil kira apa yang dilakukan oleh YB Khairy Jamaluddin yang mencadangkan Naibnya sebagai senator.

Rasionalnya Pemuda dan Puteri adalah berbeza dan ketua sayap masing-masing berhak dan ada pertimbangan sendiri dalam tindakannya, dan sudah tentulah ianya dilakukan demi kabaikan organisasi itu sendiri. Adalah tidak wajar bagi sesiapa mempertikaikan keputusan yang dibuat kerana ianya adalah hak mutlak pemimpin berkenaan.

Tidak wajar juga sekiranya Zahida merasa tersinggung atau jadi kesipuan apabila tidak dicadangkan sebagai senator. Tambahan umurnya yang lebih muda berbanding Fahariyah, peluang untuknya terus naik didalam UMNO masih terbentang luas.

Andai benar khabar angin mengatakan bahawa beliau berhasrat untuk mengundurkan diri kerana merajuk, beliau melakukan satu perkara yang salah dan merugikan dirinya sendiri kerana sejarah pemimpin yang meninggalkan UMNO kerana rajuk akan terus tenggelam.

Dari sudut lain, mungkin YB Mas Ermieyati Samsudin tidak mencadangkannya sebagai senator kerana bercadang untuk mengangkat namanya sebagai calon wakil rakyat dalam pilihanraya akan datang. Khidmatnya sangat diperlukan oleh UMNO khususnya Puteri dan usia mudanya memungkinkan beliau terus berjuang dan berkhidmat untuk UMNO.

Kepada Zahida Bt. Zarikh Khan, teruslah berikan khidmat kepada Puteri UMNO. Berkhidmatlah dengan lebih cemerlang dan yang lebih penting, jangan tenggelam dalam emosi dan jangan sesekali terpengaruh dengan mereka yang niatnya hanya untuk memecah-belahkan parti.

Ingatlah! Pemimpin datang dan pergi. Sedangkan telah ramai pemimpin yang lebih besar meninggalkan UMNO namun UMNO terus gagah melanda arus perjuangan. Jangan lakukan kesilapan yang orang lain lakukan sebelum ini. Berjiwa besarlah untuk jadi pemimpin besar.



23 March, 2016

AGENDA JAHAT BURUKKAN PEMIMPIN DAN JATUHKAN KERAJAAN

Dimanakah etika seorang jurugambar berita
yang memilih 'sudut' sebegini dan dengan niat buruk. 
Kita tahu dan kenal siapa dia cuma biarkan didalam dosanya


Kebelakangan ini, ada kalangan media arus perdana kelihatan sebagai memimpin serangan terhadap Negeri Pahang. Berbagai-bagai tohmahan dan serangan ditujukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang dengan tujuan memburukkan. Bukan hanya media arus perdana sahaja, bahkan beberapa buah NGO juga turut menggunakan media sosial bagi mencapai tujuan sama.

Sebelum PRU 12 lalu, media 'membelasah' segala yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecil isu dan akhirnya Kerajaan BN tumbang di Negeri Selangor. Media arus perdana juga turut berdiam diri selepas itu mungkin juga kerana sudah berpuas hati dapat melaksanakan tugas mereka, namun apakah masalah dan keluhan yang dihadapi rakyat sudah selesai?

Jawapannya sudah tentulah tidak. Malah permasalah rakyat semakin bertambah, cuma media arus perdana yang suatu waktu dulu 'menghentam' kerajaan sudah mendiamkan diri dan seakan tidak melihat apa yang berlaku. Media jadi alat yang kononnya untuk mengubah dunia, namun yang kita bimbangkan adalah bukan berubah dari keadaan yang baik kepada yang lebih baik, tetapi dari keadaan yang baik kepada yang lebih buruk.

Bukan semua perubahan itu membawa kepada kebaikan dan jangan hanya ingin berubah semata-mata dengan tujuan untuk berubah tanpa menghitung kepada kebaikan dan keburukkannya.

Lihat perubahan di Iraq... di Mesir dan di Syria. Di Iraq terutamanya, kehidupan mereka lebih buruk dan bernasib lebih malang dari semasa di era Saddam. Apakah jaminan bahawa di Malaysia juga akan mampu menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna apabila berlaku perubahan politik sebagaimana yang diingini sesetengah pihak? Tidakkah kemungkinan kita akan bernasib malang sebagaimana di Iraq dan Mesir itu lebih tinggi berdasarkan iklim politik negara sekarang ini?

Lihatlah kepada negeri-negeri dibawah pentadbiran parti pembangkang, mereka tidak secemerlang manapun bahkan mereka juga melakukan apa yang mereka selalu bantah semasa kerajaan dikuasai Barisan Nasional. Hakikatnya, sama saja dan mereka cuma pandai bercakap namun perlaksanaannya sungguh mengecewakan.

Ketika banjir besar akibat fenomena alam luar biasa tahun lalu, Kerajaan Pahang dan Menteri Besar disalahkan konon berlakunya banjir besar akibat pembalakan. Kini, negara sedang menghadapi kemarau luar biasa juga akibat fenomena alam dan kesan dari El-Nino dan Kerajaan Pahang juga dituding jari kononnya segalanya berlaku kerana kesalahan Kerajaan Negeri.

Apakah mereka sudah lupa bahawa Allah maha berkuasa dan mampu mengubah sesuatu semahuNya? Apakah banjir dan kemarau yang berlaku disebabkan Menteri Besar dan bukan dengan kehendak dan kekuasaan Allah?

Sebuah 'stesen TV swasta' dan sebuah 'akhbar tempatan' dilihat sangat kritis dalam soal-soal berkaitan Kerajaan Negeri Pahang. Isu pembalakan dan alam sekitar selalu dijadikan alasan. Tidak lama dulu, sebuah 'jalan ladang' yang menghubungkan sebuah ladang sawit telah dirujuk sebagai akibat berlakunya pembalakan yang mencemarkan sungai. Soalnya kenapa mereka harus melakukan penipuan sedemikian? Apakah ada bezanya diantara melakukan perkara benar dengan alasan salah atau melakukan perkara yang salah dengan alasan benar?

Atas nama mempejuangkan alam sekitar, pejuang kebebasan dan hak bersuara masyarakat, semua pihak bersuara dengan lantang namun tidak ramai yang tahu apa yang berlaku disebaliknya selepas itu. Ada yang memimpin bantahan kepada pembalak dan pembalakan namun setelah itu mampu tersenyum sendirian. Tidak kiralah siapa mereka.. sama ada profesor atau wartawan dan bekas wartawan.. mereka masih tetap juga seorang manusia.. yang ada keinginannya sendiri dan keperluan yang ingin dipenuhi.

Sebagaimana kita dapat melihat dan mencari keburukkan seseorang, sedemikian juga orang lain dapat melihat dan mencari keburukan kita. Sejauh mana kebenaran dakwaan dalam isu pembalakan di Ulu Tembeling? Bagaimana dakwaan pembalakan di pinggir lebuhraya di Bentong? Mana kebenarannya dalam isu pengabaian di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom?

 Terjemahan surah al-Nisa’ ayat 83:
 Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)

 Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim:
 Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari. 


Klik: Fitnah berleluasa di akhir zaman.


Malaysiakini:

08 January, 2016

WARTAWAN, BAUKSIT DAN PEMBANGKANG

Infografik yang viral dilaman facebook mengenai bauksit


Akhirnya perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan sementara (moratarium) selama 3 bulan. Dalam masa 3 bulan ini sebarang aktiviti perlombongan dihentikan sama sekali. Stockpile bauksit di pelabuhan akan di'bersihkan'... tidak ada lagi stockpile di pelabuhan selepas ini. 11 stockpile diluar pelabuhan juga akan di'bersihkan' juga.

Sebarang aktiviti perlombongan dan pengangkutan tidak akan dibenarkan selama 3 bulan ini bagi tujuan menutup kesemua stockpile sebagaimana yang dinyatakan diatas. Jika masa 3 bulan tidak mencukupi masa tambahan yang tidak ditentukan akan diberikan sehingga hasrat berkenaan dicapai.

Selepas itu nanti hanya satu stockpile yang akan beroperasi dikawasan yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri. 

Dalam kata lain, perlombongan bauksit tidak akan dhentikan terus sama sekali.

Kawan saya yang turut hadir di sidang akhbar berkenaan melaporkan dengan terperinci, namun ada sebahagian wartawan yang tidak faham, kurang faham atau buat-buat tak faham sehingga Menteri terpaksa mengulanginya sampai empat kali.

Sikap sebahagian wartawan berkenaan yang 'slow' (lembab) bukan sahaja merimaskan Menteri bahkan wartawan lain juga turut merasa rimas kerana sidang akhbar yang sepatutnya berjalan dengan ringkas terpaksa berlanjutan sehingga beberapa lama.

Jika wartawan arus perdana bersikap demikian, sudah tentulah wartawan rakyat (di facebook dan media sosial) lebih tidak faham dan melaporkan perkara yang tidak tepat kepada umum. Justeru, tidak hairanlah jika di media sosial lebih banyak kekeliruan dan maklumat salah yang disampaikan kepada rakyat,

Sikap masyarakat yang sering percaya kepada laporan di media sosial dan menerima bulat-bulat maklumat yang disampaikan tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu juga membuatkan banyak maklumat yang salah tersebar disekeliling kita.

Pihak pembangkang pula akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan bagi menagih simpati dan undi. Bahkan mereka selalunya dengan sengaja mencipta maklumat salah untuk menyalahkan kerajaan.

Persoalan yang timbul adalah kenapa pembangkang di Pahang tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan siu bauksit ini sebagaimana mereka menentang dalam isu anti Lynas dulu? Apakah ada udang disebalik batu? 


Komen dari laman-laman facebook:












Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...